Tuesday 22 September 2015
Jangan Kau Lupa Posted at 10:56 0 comments (+)
Jangan kau lupa,
Allah itu ada.

Mungkin kau rasa,
kau lah stalker dan hacker terhebat.
Boleh intip orang sesuka hati.
Boleh ceroboh sesuka hati.

Tapi kau lupa,
ada Allah yang lagi hebat,
dalam memerhati dan menghakimi manusia di Mahsyar Nya nanti.

Dan jangan kau lupa.
Doa orang dizalimi itu amat berkuasa.
Serahkan segalanya pada Dia
Saturday 21 March 2015
Moga Posted at 16:44 0 comments (+)
Andai saja kau tahu, betapa diri ini tidak pernah sedikit pun tertinggal memikirkan diri kau. Aku tidak mampu menjadi manusia yang tahu membezakan antara kasih dan simpati. Aku belum kental untuk mencari-cari maksud untuk membahagiakan manusia lain sedang aku sendiri mencari-cari kebahagiaan yang aku damba. Kau yang kenal aku sudah lama ini mudah sahaja berada di awangan ketika sarat kelelahan terdampar di hamparan kehidupan.

Andai saja kau tahu, aku sudah puas menahan diri ini dari berkata tidak. Bahkan sudah letih. Namun menahan dari berkata tidak dan letih itu jugalah yang membuatkan aku semakin menyedari siapa aku sebenarnya. Aku kini semakin temui diriku yang sudah lama aku cari. Kerana berkata ‘tidak’ itu semakin menguatkan aku dari rebah berulang-kali.

Kita sudah beza,
Langit kita juga sudah dibezakan. Kita tidak sudah memandang biru atau hitam yang sama. Kerana keadaan kita sudah berbeza. Walau di ufuk itu kita berkata masih punya rasa yang kelam, namun percayalah ufuk itu akan kemilau sinarnya menjadi gelap lalu cerita kita akan berakhir di situ.

Meskipun,
Aku tahu bukan senang melakukan yang ini. Seperti memijak semalu yang berduri. Namun percayalah kau yang aku kenal cukup kuat untuk menempuh keadaan seperti ini. Dan aku yang dahulunya lemah sudah mampu bangun dari lena yang panjang.

Senyum,
Moga kau bahagia dengan kehidupan kita yang berbeza. Aku tak pernah menagih dan meminta yang ini namun Allah sudah catatkan inilah yang terbaik antara kita berdua. Kenangan manis yang dahulu kita simpan rapi untuk kita rujuk semula mana yang indah mana pula yang kelat, lalu ambillah pengajaran yang berguna - Amat
Sunday 15 February 2015
Diam Itu Sombong ? Posted at 07:35 0 comments (+)
Kadang - kadang aku ada jugak terdengar suara - suara merdu yang cakap aku ni macam sombong. Alasan ? Sebab aku diam.

Diam tu sombong ? Mana ada. Tu dua karakter berbeza. Ya, memang selalunya aku lebih banyak diam. Pendiam mungkin ? Entah la. Kalau kena masa memang aku agak banyak bercakap. Tapi tengok keadaan jugak. Ada masa aku lebih selesa duduk diam. Hanya perhati keadaan sekeliling. Biarkan orang sekeliling bercakap. Takkan macam tu dianggap sombong ?


Dalam hidup aku ni mana-mana aku pergi pun mesti ada suara-suara kecil yang cakap aku sombong. Aku tak kisah sangat dengan apa orang kata , aku ni memang suka buat hal aku sendiri. Aku pergi mana-mana sorang pun boleh tak perlu berteman. Kalau aku nak update blog seboleh-bolehnya aku tak nak orang kacau aku. Aku memang slow sikit kalau nak buat kawan dengan orang yang baru kenal, tapi kalau lama-lama orang kenal aku memang diorang akan nampak perbezaan tu. Jadi adalah ketidakadilan kepada aku kalau orang yang tak kenal aku label aku ikut sedap dia je



 Kalau berjalan, lagi suka sorang-sorang. Bukan nak sombong pun. Aku tak sukakan suasana yang bising. Sunyi itu buat aku berfikir. Kalau ada orang nak katakan aku ni sombong or whatever sekalipun, suka hati doranglah. Sebab aku tak mampu tutup mulut dorang. Lagipun dorang berhak melabelkan seseorang itu.
Tapi kalau boleh, cakaplah depan-depan. Jangan mengumpat
Friday 5 December 2014
Letih lelah berdiam bersabar mencari jawapan Posted at 06:43 0 comments (+)
Pesan pada hati , please jangan mati , hiduplah 
Tolong kuat demi illahi 

Ya Tuhan yang sering membolak-balikkan hati ini , andai benar tentang rasa dihati ini 

Mohon
Tunjukkan lah jalan kebenaran , perluaskan dan perlapangkanlah agar kubisa ku temui jawapan

Aku dah lama maafkan segala rasa , Aku dah lama hapuskan segala luka , moga tiada yang tertinggal sisa


Tuesday 21 October 2014
Syurkur Posted at 08:10 0 comments (+)
Ke hadapan aku yang berusia berapa entah. Aku tak tahu di usia berapa kau punya perasaan sebegini.
Perasaan tidak selamat, perasaan bakal ditinggalkan, perasaan-perasaan negative yang bakal buat diri
kau rasa celaka satu hari nanti.

Satu hari nanti itu adalah di saat ini. Di saat ini aku sedang berperang dengan diri sendiri, sedang punya
rasa-rasa celaka yang kau ciptakan satu ketika dahulu. Dan aku cuba ubah itu, mungkin berubah menjadi
lebih matang, dengan menghapuskan segala rasa yang pernah wujud dalam diri kita satu ketika. Yaaa…
perasaan-perasaan itu menyakitkan aku dan bakal menyakitkan kau jika kau tidak berubah.

Mungkin sahaja perasaan-perasaan celaka itu muncul dek zaman kanak-kanak kita yang tidak seberapa
indah seperti kanak-kanak lain. Yaaa… aku dan kau mungkin masih ingat situasi di zaman hitam. Ah…
aku mohon kau lupakan sahaja kisah itu. Mereka-mereka itu punya tiada perkaitan dengan kau. Hargai
sahaja mereka yang membesarkan kau dengan bersungguh-sungguh. Hargai sahaja mereka yang selalu
bersama kau. Hargai sahaja mereka itu.

Oh dan, aku mohon kau belajar bagaimana untuk bersyukur dengan apa yang kau ada. Aku tidak tahu
sama ada di saat kau sedang baca ini, kau sudah tahu bersyukur atau tidak tapi sejak kebelakangan ini,
aku sedar, sebab aku tidak begitu bersyukur, ujian ini muncul. Aku mohon kau terus kuat dan cuba untuk
tidak terlalu berfikir perkara-perkara yang bakal mencelakakan kau. Mohon jaga hati kau dari terus
terluka. Mohon
Wednesday 25 June 2014
Posted at 02:49 0 comments (+)
Assalamualaikum
Dah lama rasanya tak buka, tak usik dan tak update apa-apa dalam blog ni , blog ni dah bersawang pun , sibuk dengan dunia sejak sejak nak dekat puasa ni , hm
Monday 10 February 2014
Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah Posted at 01:15 0 comments (+)
Aku hanyalah insan biasa dilahirkan untuk menjadi insan yang luar biasa hebatnya
Namun adakah itu angan-angan semata-mata. Tidak!! Akulah insan terpilih untuk menegakkan agama Allah..Takbir..Allahuakhbar..


Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini,
memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah


Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami memohon  pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
dan bukan pula orang-orang yang sesat.
 photo woody_woodpecker_zps5cb24e26.jpg
About Me
Saya Amat yang hanya berpura-pura baik dengan berkopiah dan menulis perkara yang baik. Janganlah anda tertipu dengan imej ini. Sesungguhnya saya, adalah lebih teruk dari kutu-kutu rayau di jalanan..lagi hina dari penagih-penagih dadah..lagi teruk dari penghisap-penghisap rokok. "Ya Allah! Jadikan aku di kalangan manusia ini serendah2nya sehingga tiada yg nampak kewujudanku, tetapi Ya Allah aku bermohon padamu, bantulah aku hingga aku mjadi setinggi2nya di sisiMu kelak. Amin."
Dashboard
Tiada yang sempurna