Saturday, 21 March 2015
Moga
Posted at 16:44
0 comments (+)
Andai saja kau tahu, betapa diri ini tidak pernah sedikit pun tertinggal memikirkan diri kau. Aku tidak mampu menjadi manusia yang tahu membezakan antara kasih dan simpati. Aku belum kental untuk mencari-cari maksud untuk membahagiakan manusia lain sedang aku sendiri mencari-cari kebahagiaan yang aku damba. Kau yang kenal aku sudah lama ini mudah sahaja berada di awangan ketika sarat kelelahan terdampar di hamparan kehidupan.
Andai saja kau tahu, aku sudah puas menahan diri ini dari berkata tidak. Bahkan sudah letih. Namun menahan dari berkata tidak dan letih itu jugalah yang membuatkan aku semakin menyedari siapa aku sebenarnya. Aku kini semakin temui diriku yang sudah lama aku cari. Kerana berkata ‘tidak’ itu semakin menguatkan aku dari rebah berulang-kali.
Kita sudah beza,
Langit kita juga sudah dibezakan. Kita tidak sudah memandang biru atau hitam yang sama. Kerana keadaan kita sudah berbeza. Walau di ufuk itu kita berkata masih punya rasa yang kelam, namun percayalah ufuk itu akan kemilau sinarnya menjadi gelap lalu cerita kita akan berakhir di situ.
Meskipun,
Aku tahu bukan senang melakukan yang ini. Seperti memijak semalu yang berduri. Namun percayalah kau yang aku kenal cukup kuat untuk menempuh keadaan seperti ini. Dan aku yang dahulunya lemah sudah mampu bangun dari lena yang panjang.
Senyum,
Moga kau bahagia dengan kehidupan kita yang berbeza. Aku tak pernah menagih dan meminta yang ini namun Allah sudah catatkan inilah yang terbaik antara kita berdua. Kenangan manis yang dahulu kita simpan rapi untuk kita rujuk semula mana yang indah mana pula yang kelat, lalu ambillah pengajaran yang berguna - Amat