Tuesday, 21 October 2014
Syurkur
Posted at 08:10
0 comments (+)
Ke hadapan aku yang berusia berapa entah. Aku tak tahu di usia berapa kau punya perasaan sebegini.Perasaan tidak selamat, perasaan bakal ditinggalkan, perasaan-perasaan negative yang bakal buat diri
kau rasa celaka satu hari nanti.
Satu hari nanti itu adalah di saat ini. Di saat ini aku sedang berperang dengan diri sendiri, sedang punya
rasa-rasa celaka yang kau ciptakan satu ketika dahulu. Dan aku cuba ubah itu, mungkin berubah menjadi
lebih matang, dengan menghapuskan segala rasa yang pernah wujud dalam diri kita satu ketika. Yaaa…
perasaan-perasaan itu menyakitkan aku dan bakal menyakitkan kau jika kau tidak berubah.
Mungkin sahaja perasaan-perasaan celaka itu muncul dek zaman kanak-kanak kita yang tidak seberapa
indah seperti kanak-kanak lain. Yaaa… aku dan kau mungkin masih ingat situasi di zaman hitam. Ah…
aku mohon kau lupakan sahaja kisah itu. Mereka-mereka itu punya tiada perkaitan dengan kau. Hargai
sahaja mereka yang membesarkan kau dengan bersungguh-sungguh. Hargai sahaja mereka yang selalu
bersama kau. Hargai sahaja mereka itu.
Oh dan, aku mohon kau belajar bagaimana untuk bersyukur dengan apa yang kau ada. Aku tidak tahu
sama ada di saat kau sedang baca ini, kau sudah tahu bersyukur atau tidak tapi sejak kebelakangan ini,
aku sedar, sebab aku tidak begitu bersyukur, ujian ini muncul. Aku mohon kau terus kuat dan cuba untuk
tidak terlalu berfikir perkara-perkara yang bakal mencelakakan kau. Mohon jaga hati kau dari terus
terluka. Mohon