Monday, 2 December 2013
Sahabat Dan Kawan Posted at 06:59 0 comments (+)
Orang kata kawan dan sahabat adalah dua perkara yang berbeza. Kawan senang dicari tetapi tidak sahabat. Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang kita suka dan memiliki seberapa ramai kawan yang kita mahu. 
Namun sahabat hanyalah untuk orang tertentu sahaja. Sahabat lebih akrab hubungannya. Susah senang segalanya boleh dikongsi bersama. Dan kerana itulah kita sering mendengar kata-kata seperti ini; “waktu kita senang, ramai kawan yang menghampiri, tetapi waktu kita susah ramai kawan yang lari’. dan “kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah dicari”
Sunday, 24 November 2013
Dosa ku ibarat buih-buih di lautan Posted at 22:20 0 comments (+)
Ya Allah,,,,,,

Banyaknya dosa-dosa aku dengan orang yang tak bersalah..

Hinanya aku di depan Kau..

Malunya aku dengan dosa-dosa aku sendiri..

Inikah yang dinamakan kehidupan jika kita sudah meningkat dewasa.

Kalau beginilah,aku masih lagi tidak bersedia untuk menghadapinya.

Ya Allah,lunturkan lah segala perasaan HINA itu dalam diri ini.

Ya Allah,kembalikan lah aku ke fitrah mu yang sebenarnya.

Ya Allah,suburkanlah iman aku dalam diri ini.

Berilah aku peluang kedua untuk membaiki diri ini.

Berilah aku masa untuk meminta maaf kepada semua yang telah hatinya disakiti oleh ku.

Wahai Tuhanku, perindahkanlah budi pekerti ku kepada semua umat mu.

Dosa-dosa ini sering menghambatkan diri ku sendiri.

Dosa antara manusia perlu dilangsaikan sesama manusia.

Dosa antara Pencipta perlu dipohon siang damn malam kepada Nya.

Kenapa begitu berat dugaan yang kau lemparkan kepada aku.

Aku benar-benar sesal dengan apa yang telah berlaku beberapa tahun yang lepas.

Ya Allah, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata..

Lindungilah aku dari hasutan dan godaan dari Syaitan.
Friday, 11 October 2013
Adakah dia tercipta untukku ? Posted at 08:57 0 comments (+)
Satukan kami
Di setiap solat malamku ,di setiap ibadah dan sujudku..
Di setiap langkahku, selalu berdoa memohon dipermudah jalan untuk menuju penyempurnaan ibadah yang tertinggi

Ya Allah,
Jika dia memang tercipta untukku, maka pertemukan kami nanti,
Jika dia yang terbaik untuk kehidupan dunia akhiratku,
Permudahkanlah jika dia yang tertulis di Luh Mahfuz untukku..

Jika dia jodohku, belahan jiwaku,
Maka aku mohon Ya Allah,
Sabarkanlah ia, mudahkan jalannya
Hingga satu saat kelak Engkau satukan kami dalam ikatan yang suci,
PadaMu ,Ya Rabb yang Maha Bijaksana hamba meminta
Monday, 23 September 2013
Ya Allah Posted at 07:58 0 comments (+)
Ya Allah, biar hidupku sepi tanpa keluarga di sisi, biar hidupku sunyi tanpa teman menemani, tapi jangan biarkan aku sepi tanpa kasih dan perhatianMu… Ya Allah, biar aku miskin harta, biar aku papa pangkat dan darjat, namun berikan aku kekayaan hati dan jiwa… Ya Allah, aku tak pernah peduli, singkat atau panjang masaku di dunia ini, asalkan hidup dan matiku biarlah dalam redhaMu

Ya Allah, berikan aku nikmat merasai kasih dan sayangMu, benarkan aku menjadi pencinta seperti para kekasihMu, izinkan aku melayari bahtera hidupku hanya keranaMu… Ya Allah, jangan Kau kelamkan hatiku dengan kegelapan dunia kini, campakkan cahaya hidayahMu ke dalam hatiku, moga dapat aku berikan sedikit, cahaya itu buat mereka yang kegelapan, semoga segala yang kulakukan hanya untukMu, hanya untuk merebut kasihMu yang agung, hanya untuk mencapai redhaMu, di dunia dan akhirat
Saturday, 24 August 2013
Jangan Riak Posted at 08:31 0 comments (+)
Jangan riak di dunia ini.
Setiap manusia ada bahagian/rezeki masing-masing.
Kaya atau miskin,susah atau senang,sihat atau sakit,kita tetap setaraf sebagai hamba Allah.
Apa yang ada di dunia ini takkan kekal.
Carilah bekalan untuk akhirat
Saturday, 15 June 2013
Iman naik turun Posted at 09:50 0 comments (+)
Bismillah...segala puji bagi Allah.
Kadang-kadang dalam seharian hidup kita, pernah tak kita merasakan bahawa masih ada sesuatu yang kurang? Masih ada sesuatu yang tak cukup? Kadang-kadang hati kita berasa tak tenang, keluh kesah dan minda sentiasa berfikir mencari sesuatu tapi tak jumpa...pernah tak rasa begitu?
Sebenarnya itu tandanya iman semakin berkurang dan menjunam turunnya. Iman semakin berkurangan disebabkan solat tak dijaga...mata tak dijaga...hati sentiasa menduga...pergaulan tak dibatas...mulut cakap lepas...telinga sentiasa mendengar benda yang tak sepatutnya. Bila semua ni kita buat, pasti hati rasa tak tenang.
Perbezaan orang mukmin dan kafir letaknya pada hati. Hati orang mukmin sentiasa tenang dan sentiasa rasa mencukupi ditambah dengan syukur. Tapi tak beerti bila dah rasa cukup, kita berhenti melakukan sesuatu sebaliknya kita berusaha ke arah yang lebih baik malah semakin baik.
Manakala hati orang kafir pula mereka sentiasa tamak dan tak pernah cukup dan sentiasa mencari namun tak ketemui. Rupa-rupanya yang dicari mereka itu adalah ketenangan dan ketenangan hati itu datangnya dari Sang Pencipta..tak boleh dibuat-buat.
Oleh itu, pesan pada diri sendiri dan juga sahabat-sahabat, ayuh jagalah hati kita. Bergaullah dengan orang yang dapat membimbing kita ke arah yang lebih baik
Saturday, 1 June 2013
Ku Ucapkan Alhamdulillah Posted at 10:50 0 comments (+)
Bismillahirrahmanirrahim...
Allahu Akbar!
Allahumasolli a'la saidina Muhammad... ~
Allah.. Allah.. Allah..
tak tahu nak mulakan dari mana.
saya tahu blog ni tidak ramai pembacanya..
saya anggap blog ni sebagai tempat saya meluah rasa, memberi pendapat, berkongsi pengalaman dan apa sahaja.

  • Ya ALLAH... terima kasih atas ujian ini untuk ku...
    kerana dengan ujian ini...
    membuatkan aku lebih semangat untuk memperjuangkan
    agama-Mu


 photo woody_woodpecker_zps5cb24e26.jpg
About Me
Saya Amat yang hanya berpura-pura baik dengan berkopiah dan menulis perkara yang baik. Janganlah anda tertipu dengan imej ini. Sesungguhnya saya, adalah lebih teruk dari kutu-kutu rayau di jalanan..lagi hina dari penagih-penagih dadah..lagi teruk dari penghisap-penghisap rokok. "Ya Allah! Jadikan aku di kalangan manusia ini serendah2nya sehingga tiada yg nampak kewujudanku, tetapi Ya Allah aku bermohon padamu, bantulah aku hingga aku mjadi setinggi2nya di sisiMu kelak. Amin."
Dashboard
Tiada yang sempurna