Saturday, 15 June 2013
Iman naik turun
Posted at 09:50
0 comments (+)
Bismillah...segala puji bagi Allah.
Kadang-kadang dalam seharian hidup kita, pernah tak kita merasakan
bahawa masih ada sesuatu yang kurang? Masih ada sesuatu yang tak cukup?
Kadang-kadang hati kita berasa tak tenang, keluh kesah dan minda
sentiasa berfikir mencari sesuatu tapi tak jumpa...pernah tak rasa
begitu?
Sebenarnya itu tandanya iman semakin berkurang dan menjunam turunnya.
Iman semakin berkurangan disebabkan solat tak dijaga...mata tak
dijaga...hati sentiasa menduga...pergaulan tak dibatas...mulut cakap
lepas...telinga sentiasa mendengar benda yang tak sepatutnya. Bila semua
ni kita buat, pasti hati rasa tak tenang.
Perbezaan orang mukmin dan kafir letaknya pada hati. Hati orang mukmin
sentiasa tenang dan sentiasa rasa mencukupi ditambah dengan syukur. Tapi
tak beerti bila dah rasa cukup, kita berhenti melakukan sesuatu
sebaliknya kita berusaha ke arah yang lebih baik malah semakin baik.
Manakala hati orang kafir pula mereka sentiasa tamak dan tak pernah
cukup dan sentiasa mencari namun tak ketemui. Rupa-rupanya yang dicari
mereka itu adalah ketenangan dan ketenangan hati itu datangnya dari Sang
Pencipta..tak boleh dibuat-buat.
Oleh itu, pesan pada diri sendiri dan juga sahabat-sahabat, ayuh jagalah
hati kita. Bergaullah dengan orang yang dapat membimbing kita ke arah
yang lebih baik